Friday 6 May 2016

Kelas Ketiga

Assalamulaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah..sudah minggu ketiga aku ulang alik dari Perak --> Bangi, ucapan tak terhingga kepada Mak lang dan keluarga sudi menumpangkan kami sekeluarga bila tiba hujungg minggu.

Minggu ketiga kelas Sir Dzzul Azzwan kali ini kami masih belajar mengenai Excel kali ni ada ujian excel .. Menangis semua ..haha..

Pada mulanya Sir ajar lagi Excel..dengan berlagaknya aku ni tengok je Sir buat nampak senang siap bole ajar kak ima kawan sebelah meja aku. Bila Sir kata okay buka I Folio bahagian task buat ujian .. haaa! mula-mula tenang lagi sekali buka tengok soalan ..lepas tu, start buat..aikk! kenpa ni ..macam tak jadi je ni
tengok Sir buat senang je ..oopss! Lupa Sir Azzwan kan pakar dalam ni ..kau siapa je izazti !

Start dari situ kena sedar yang nota tu penting..tak boleh tengok dan pikir senang .. kena tulis step by step baru nampak dan senang bila buat, kira mengelabah tu kurang la sikit kan ..haha!

Ini adalah soalan yang gempak bila buat rasa nak menangis .. tengok soalan tu senang je ,,masa nak cari formula .. jem otak nak fikir.. Tapi jadi manusia biar belajar dari kesilapan yer . Jangan ulang lagi dan buat la nota kalau dah tahu diri ni bukan expert lagi .




Siap saja ujian ni hantar di I Folio dengan bangga submit jawapan yang hancur..huhu! untunk minggu ini belajar excel dan buat ujian excel .. dan berbincang mengenai cuti Hari pekerja .. Bab cuti memang mood excited je semua ..haha . Tapi credit pada aku yang tinggal jauh ni dapat rehat .

okay..settle! minggu ketiga !







"Welcome to my blog Norizzati.Mutalib""Jumpa Next Post"

Thursday 5 May 2016

Kelas Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Alhamdulillah..minggu kedua..kelas kedua untuk subjek applikasi komputer masih bersama kawan-kawan dalam mencari ilmu..

Minggu kedua ni juga bermula kelas di lab..bukan lab kimia..tapi makmal komputer, dari 60 orang berpecah lah kami sebab makmal tak muat sampai 60 orang pelajar pada satu-satu masa. Jadi keputusannya berpecah ! huhu so, aku insan terpilih untuk menuntu ilmu bersama Sir Azzwan ..haha

Ok ! Minggu kedua kelas bersama Sir ..aku di ajar mengenai I Folio.. Ok aku share sikit Sistem I Folio ni apa ..

Sistem i-Folio hanya boleh dicapai menggunakan Chrome atau Firefox. Dalam I Folio ni lah tempat nak tahu pekara penting dari pensyarah-pensyarah, contohnya mengenai Nota..Tutorial..Quiz..Task ..dan sebagainya.
Kalau zaman Politeknik aku dulu nama sistem ni CIDOS, Lain tempat lain nama tapi tujuannya sama sahaja.

Jadi  ni lah yang aku belajar mengenali I Folio ..memang penting ni kalau ..sebab segala apa yang di buat latihan..tutorial..task..test..semuanya submit by I Folio ni ..senang kan !



Lepas tu, kami belajar mengenai Microsoft Excel.. Mengenali asas-asas..formula

pengenalan asas excel


Nampak macam senang bila buat sendiri mengelabah tak tentu hala.. tengok Sir buat macam biskut jerr ..bila Sir suruh buat sendiri stressss! bab nak masuk formula hancurrr ..so, kena la perlahan-lahan belajar .. cari tab Formula --> AutoSum Max..Min..Median..Average semua ada ..Nak kira 80 mark ada berapa dalam banyak-banyak data tu just masuk formula beribu data yang ada tak sampai sesaat boleh count ! ini pakai formula COUNTIF settle masalah .

Execl banyak formula boleh guna cuma kena ingat kat mana formula tu berada. Contoh, Filter..Sort..Vlookup.. Countif ..Darab..Bahagi..Tambah..Tolak dan semua tu kena rajin buat selalu buat supaya tak lupa dek zaman..hehe. .. hampir 3 jam masa yang ada kami fokus pada Excel . 
So, untuk minggu kedua kelas belajar I Folio dan pengenalan Excel yang buat aku stresss!  hahaha..

Semoga minggu kedua ini dapat memberi ilmu mengenai penggunaan excel ni macam mana , yang penting nak buat excel kena bagi kemas dengan coloumkan atau graf kan data bagi kemas baru senang nak masuk fomula jadi cantik jerrr..haha .. Formula yang di gunakan mengikut soalan dan pastikan betul formula tu.

okay..itu sahaja cerita minggu kedua kelas applikasi komputer.







"Welcome to my blog Norizzati.Mutalib""Jumpa Next Post"











kelas pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...


Alhamdulillah ..hari pertama kelas di Universiti Malaysia Kebangsaan sebagai seorang pelajar jarak jauh (memang jauh gilerrr) Perak ---> Bangi dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan Ekonomi semuanya berjalan lancar dan yang terkejut agak ramai rakan kelas lebih  60 orang , Pensyarah pon terkejut ..hehe .. tapi semuanya okay2 dan tip top dari berbilang kaum, peringkat umur dan bidang kerja yang berlainan.

Ok, Nak share sikit pengalaman hari pertama masuk DK1 dah rasa sejukk gilerr bukan takot (pleasee la nk takot..Air Cond laa..haha cover sikit), keadaan memang tak sama macam Politeknik kalau nak cerita panjang pula cerita nya (ex-poli..maklum laa..hoho).

Kelas pertama untuk subjek Applikasi Komputer lebih pada suai kenal atau orentasi dulu dari Dr.Azzwan tapi prefer kami lagi panggil "Sir..Sir..!" hehe tapi Sir ni lain sikit dari yang lain bagi aku laa.. Masuk-masuk je terkejut juga bila di bahasakan diri dia "aku.." what??! Tapi tu sebenarnya normal la kan ..kalau aku pensyarah aku pon mungkin buat macam tu ..haha.. Sir Azzwan seorang yang tetapi masa.. I likee it !! Aku pon jenis pantang nak tunggu-tunggu orang !

Kelas pertama Sir ..Macam-macam kene buat Kreatif sangat sir ! hehe .. first of all, Sir suruh solat zohor dulu ..Thanks Sir! okay antara aktiviti yang Sir buat : susun kedudukkan ikut susunan tarikh lahir ..memang paling last aku ni 25 Dec 1993 .. lepas tu, duduk ikut peringkat umur ..maka dari situ bocor lah rahsia umur yang orang selalu nak rahsia ..hoho! dan Sir tanya kenapa..sebab apa..whhyyy??! masuk/sambung belajar ?

Kenapa sambung belajar eh.. aku sambung sebab first Niat tu memang ada dan lagi satu untuk berpeluang besar dalam pekerjaan maksudnya tersirat 'nak..naik pangkat' ..tapi masa tu  aku jawab sebab sambung belajar 'kenaikan pangkat..' settle!  kelas hari pertama sir habis agak awal sebab hari pertama kan ..Kelas sir ni 3 jam dari 3.30 sampai 6.30 :') lamanyaaa..

Bagi aku permulaan yang baik ini aku harap biar sampai graduate berjalan lancar ! Inn Shaa Allah segulung Ijazah bakal aku genggam lagi .. walaupun diploma Kejuruteraan bukan alasan kan nak sambung bidang lain semoga izzati kita ni kuat dan terang hati nak faham dunia bisnes ni ! Master? ..Inn Shaa Allah ..:')

Okay bye!







"Welcome ke blog Norizzati.Mutalib""Jumpa di Next Post"