Thursday 5 May 2016

Kelas Kedua

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Alhamdulillah..minggu kedua..kelas kedua untuk subjek applikasi komputer masih bersama kawan-kawan dalam mencari ilmu..

Minggu kedua ni juga bermula kelas di lab..bukan lab kimia..tapi makmal komputer, dari 60 orang berpecah lah kami sebab makmal tak muat sampai 60 orang pelajar pada satu-satu masa. Jadi keputusannya berpecah ! huhu so, aku insan terpilih untuk menuntu ilmu bersama Sir Azzwan ..haha

Ok ! Minggu kedua kelas bersama Sir ..aku di ajar mengenai I Folio.. Ok aku share sikit Sistem I Folio ni apa ..

Sistem i-Folio hanya boleh dicapai menggunakan Chrome atau Firefox. Dalam I Folio ni lah tempat nak tahu pekara penting dari pensyarah-pensyarah, contohnya mengenai Nota..Tutorial..Quiz..Task ..dan sebagainya.
Kalau zaman Politeknik aku dulu nama sistem ni CIDOS, Lain tempat lain nama tapi tujuannya sama sahaja.

Jadi  ni lah yang aku belajar mengenali I Folio ..memang penting ni kalau ..sebab segala apa yang di buat latihan..tutorial..task..test..semuanya submit by I Folio ni ..senang kan !



Lepas tu, kami belajar mengenai Microsoft Excel.. Mengenali asas-asas..formula

pengenalan asas excel


Nampak macam senang bila buat sendiri mengelabah tak tentu hala.. tengok Sir buat macam biskut jerr ..bila Sir suruh buat sendiri stressss! bab nak masuk formula hancurrr ..so, kena la perlahan-lahan belajar .. cari tab Formula --> AutoSum Max..Min..Median..Average semua ada ..Nak kira 80 mark ada berapa dalam banyak-banyak data tu just masuk formula beribu data yang ada tak sampai sesaat boleh count ! ini pakai formula COUNTIF settle masalah .

Execl banyak formula boleh guna cuma kena ingat kat mana formula tu berada. Contoh, Filter..Sort..Vlookup.. Countif ..Darab..Bahagi..Tambah..Tolak dan semua tu kena rajin buat selalu buat supaya tak lupa dek zaman..hehe. .. hampir 3 jam masa yang ada kami fokus pada Excel . 
So, untuk minggu kedua kelas belajar I Folio dan pengenalan Excel yang buat aku stresss!  hahaha..

Semoga minggu kedua ini dapat memberi ilmu mengenai penggunaan excel ni macam mana , yang penting nak buat excel kena bagi kemas dengan coloumkan atau graf kan data bagi kemas baru senang nak masuk fomula jadi cantik jerrr..haha .. Formula yang di gunakan mengikut soalan dan pastikan betul formula tu.

okay..itu sahaja cerita minggu kedua kelas applikasi komputer.







"Welcome to my blog Norizzati.Mutalib""Jumpa Next Post"











No comments:

Post a Comment